2.2.3 Operasi Darab
Dalam menyampaikan konsep pendaraban, seharusnya menyampaikan konsep yang paling mudah dahulu, iaitu konsep tambah berulang – ulang. Dalam proses pendaraban, pada amnya, ia dapat dibahagikan kepada 5 konsep pendaraban. Kesemuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mencari jumlah kesemua objek yang terlibat. Antara makna dan model untuk pendaraban adalah berikut:
1. Tambah berulang – ulang (Repeated addition problem)
Satu cara untuk
mendapatkan jumlahnya adalah dengan membilang satu persatu atau membilang
secara melangkau, iaitu dua, empat dan enam atau dengan menambahkan kesemuanya.
Contohnya:
2. Tatasusunan ( Arrays problems)
Dalam
ini luas sesuatu segiempat tepat boleh dicari dengan mendarabkan lebar dengan
panjang segiempat tepat itu. Dalam tatasusunan ( susunan objek yang diskrit dan
boleh dibilang0, jumlah objek boleh dicari dengan mendarabkan bilangan baris
dengan bilangan objek dalam setiap baris.
(susunan
mesti dalam keadaan segi empat sama/tepat)
3. Konsep kombinasi
Dalam ini, 2 faktor mewakili saiz dua set yang
berbeza dan hasil darab menunjukkan berapa banyak pasangan benda boleh
dibentuk, dengan satu ahli pasangan diambil dari tiap – tiap dua set.
Contohnya:
4. Masalah Perbandingan / Konsep
kali / ganda ( Comparison problems)
Dalam
ini masalah perbandingan dengan struktur pendaraban melibatkan 2 set yang
berbeza, tetapi hubungan bukan satu-kepada-satu. Dalam situasi pendaraban, satu
set melibatkan merupakan gandaan set yang satu lagi. Contohnya:
Ayat
matematik untuk masalah di atas boleh dibina.
Panjang
pita Ahmad = 4 kali (panjang pita Bakar)
= 4 kali (2 cm)
= 4 x 2 cm
= 8 cm
Jadi, ayat
matematik boleh ditulis seperti yang berikut:
5. Konsep
kumpulan sama (Equal groups problem)
Ini berlaku apabila kedua – dua nombor dan saiz objek diketahui ( tetapi
jumlah tidak diketahui). Contohnya:
No comments:
Post a Comment