2.2.1 Operasi Tambah
Operasi
tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan
pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar
operasitambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul
bagimewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.Contoh:
• Menggunakan
objek konkrit.
• Menggunakan
bahasa yang betul.Tiga tambah lima sama dengan lapan.+ =
• Menggunakan
gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.
• Menggunakan
simbol untuk mewakili operasi tersebut.Conothnya : 2 + 3 = 5
Ada 2 kaedah yang boleh digunakan, iaitu
:
1. Penyatuan Set
1. Penyatuan Set
Dalam cara penyatuan set, penambahan nombor bulat dikaitkan dengan penyatuan suatu set (kumpulan) objek dengan suatu objek yang lain (yang tidak mengandungi unsur – unsur yang sama) untuk menghasilkan suatu set objek yang disatukan.
Gambar di atas
menunjukkan dua set buah A dan B yang disatukan untuk menghasilkan set buah C.
Set A mengandungi 2 biji oren (bilangan unsur) dan set B mengandungi 3 biji
mangga. Bilangan buah (unsur) dalam set C boleh ditentukan dengan membilang.
Proses keseluruhan untuk menentukan nombor inilah yang dinamakan operasi
tambah. Operasi ini dilambangkan dengan simbol “+” dan dicatatkan sebagai:
2.
Pengukuran pada Garis Nombor( line numbers)
Dalam cara pengukuran, garis nombor
digunakan untuk menggambarkan proses penambahan. Garis nombor merupakan model
geometri dengan setiap jarak (sukatan panjang) diantara titik pada garis
berkait dengan nilai 1. Penambahan dua nombor, misalnya 5 dan 4, digambarkan
dengan pergerakan 5 langkah ke kanan bermula daripada 0, disusuli dengan 4
langkah lagi ke kanan. Titik pada garis nombor tempat berhenti (9) mewakili
hasil tambah dua nombor itu.Contohnya : Si katak duduk di titik 5,kemudian dia
lompat 4 tapak ke kanan,dimanakah kedudukan Si katak?
No comments:
Post a Comment